Kuih Koci Manis

RESEPI KUIH KOCI MANIS

Bahan-bahan

1/2 kg tepung pulut
3 s/b tepung beras
1 s/b tepung gandum
sedikit air kapur
Air secukupnya
pewarna
Daun pisang

Inti kacang (beli yang dah siap dekat bakery je sebab malas nak buat)

Cara-Cara Memasak

1. Didihkan air dalam pengukus terlebih dahulu.
2. Campurkan semua bahan dlm mangkuk dan masukkan air sampai adunan menjadi lembut. (Bila dibulatkan tak melekat kat tangan)
3. Bahagikan adunan dan letakkan pewarna kesukaan.
4. Ambil sedikit adunan dan masukkan inti dan terus bulatkan dan alaskan dgn daun pisang.
5. Kukus selama 8-10 minit.

Siap dan selamat menjamu.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *