Kuih Akok Kedut Berlemak

Resepi Akok Kedut Lemak

Bahan-bahan

1-   1 cawan telur – Mak Hencik guna 4 biji telur gred B / 3 biji telur gred A
2-   1 cawan santan pekat – Mak Hencik guna 1 kotak kecil santan segera
3-   1/2 cawan tepung gandum
4-   secubit garam
5-   *1 cawan air
6-   *1 cawan manisan – racik halus dan sukat dengan cawan
7-  *3 helai daun pandan
8-   Bahan bertanda * dimasak menjadi air gula.

#  Sedikit minyak untuk disapu pada acuan.

 

Cara-cara penyediaan.

Langkah 1
Racik halus manisan dan masukkan ke dalam cawan.

Langkah 2
Ambil periuk dan masukkan manisan tadi. Masukkan juga secawan air dan daun pandan. Masak sampai manisan hancur. Tutup api. Tapis dan sejukkan. Sukat sebanyak 1 cawan air manisan ni. Ketepikan.

Langkah 3
Antara bahan-bahan yang kita gunakan. Ada 1 cwn santan, 4 biji telur,1/2 cwn tepung gandum, secubit garam dan 1 cawan air manisa.

Langkah 4
Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender dan kisar sampai sebati.

Langkah 5
Sediakan sedikit minyak masak dan berus.
Sementara itu, kita boleh panaskan oven pada suhu 200͒ selama 10 minit.

Langkah 6
Sapu minyak pada acuan akok. Kemudian panaskan dalam oven seketika sebelum menuang adunan dalam blender tadi.

Langkah 7
Tuang bancuhan yang dikisar tadi ke dalam acuan. Tuang hampir penuh sahaja ke dalam acuan takut melimpah.

Langkah 8
Masukkan dalam ketuhar. Pasang api panas atas dan bawah. Bakar dalam 15 minit atau ikut ragam oven masing-masing.

#Rajin-rajinlah tengok supaya tidak terhangus.

Langkah 9
Sesudah masak, keluarkan dari oven. Tunggu sampai dia sejuk. Kita akan nampak kuih akok kita beransur-ansur mengecut dan berkedut.

Awas! Jangan panik dan melatah kerana kuih akok ni lagi berkedut laaagi orang suka.

SELAMAT MENCUBA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *